Nada Merindu

Banyak rimbang tumbuh di atas tebing
Hanya sukun sahaja yang tumbuh menghijau
Banyak rimbang tumbuh di atas tebing
Hanya sukun sahaja yang tumbuh menghijau

Banyak bunga yang tumbuh berkeliling
Hanya satu kuidam dan kuigau
Banyak bunga yang tumbuh berkeliling
Hanya satu ku idam dan ku igau

Wahai angin lalu sampaikan pesan
Pesan yang penuh nada lagu merindu
Wahai awan lalu sampaikan salam
Hati daku merindu siang malam

Jika sungai hai mengalir ke hulu
Banyak ikan menghempas di tepi muara
Jika sungai hai mengalir ke hulu
Banyak ikan menghempas di tepi muara

Jika tidak bertemu yang ku tuju
Hati dendam tak puas selamanya
Jika tidak bertemu yang ku tuju
Hati dendam tak puas selamanya

Wahai angin lalu sampaikan pesan
Pesan yang penuh nada lagu merindu
Jika tidak sampai hajat hatiku
Dendang lagu merindu selamanya

Most popular songs of Aman Shah

Other artists of Religious