Malu Apa Bossku

Malu apa Bossku
Lepas grad fikir pasal kereta
Pedulikan apa orang kampung dan
Pakcik makcik bawang nak mengata
Bukan mereka pun yang tanggung
Hidup kita

Malu apa Bossku
Kalau pakai kereta kecil saja
Tapi malulah kalau beli kereta besar
Sebab nak bergaya
Installment kereta habis 30 peratus gaji
Kemudian terpaksa pula potong
Belanja keluarga

Malu apa Bossku
Kalau majlis kahwin
Tak grand dan tak meriah
Yang penting buat majlis
Tak menyusah ibu ayah
Daripada tanggung hutang sebab
Nak bermewah
Lepas kahwin boleh rancang beli rumah

Malu apa Bossku
Kalau duduk dirumah pangsa
Duduk rumah kecil bukanlah satu dosa
Tapi malulah kalau duduk rumah besar
Dan kewangan tersiksa

Malu apa Bossku
Pergi kerja pakai motor kapchai
Yang penting nak ke office mesti sampai
Biarlah tak pakai kereta besar
Daripada hidup tersiksa
Nak bayar installment terkapai kapai

Malu apa Bossku
Bawak bekal pergi tempat kerja
Biarlah kita banyak menyimpan
Ketika orang lain sibuk berbelanja
Kelak tua nanti kita boleh duduk rehat
Ketika orang tua lain terpaksa bekerja

Malu apa Bossku
Kalau tak beli baju mahal untuk bergaya
Baju mahal bukan tanda orang berjaya
Yang penting apa yang kita
Yakin dan percaya

Malu apa Bossku
Kalau buat bisnes kecil-kecilan
Yang penting tak langgar
Syariat dan peraturan
Biar kecil asal berhasil daripada
Besar-besaran
Tapi akhirnya tinggal kenang-kenangan

Malu apa Bossku
Hidup besederhana
Daripada hidup nampak kaya tapi papa
Biarlah orang tak tahu kita sebenarnya
Jutawan dari syurga
Daripada kita tak sedar dan terperangkap
Dalam neraka

Malu apa Bossku
Malu apa Bossku
Malu apa Bossku

Most popular songs of Amar

Other artists of Contemporary R&B