Enakkan Tidur Malamku

RAIZAN ZAINAL ABIDIN

Hu

Dari dulu kita jalinkan bersama
Cinta yang bermasalah tiada penghujungnya
Kau sisihkan daku dan kau pergi jauh
Berbulan tak bersua

Punya teman baru kau lupa diriku
Baru ku fahami mengapa surat-suratku
Yang aku kirimkan tiada balasan
Yang ada cuma airmata

Tiba-tiba kau pulang bagaikan membawa harapan
Dan kau terus merenung di mataku
Aku buntu apa maksudmu itu

Jangan ungkitkan semua kau merumitkan ia
Takku idam cinta kita musnah untuk kecapi bahagia
Mujur dirimu kesali hati yang tidak berpenghuni
Tunjukkan daku nilai kasihmu
Enakkan tidur malamku
Seperti dulu

Berikan daku oh sedikit
Untuk fikirkan segala apa yang kau mahu
Setelah diriku terseksa kernamu
Tak mudah untuk ku lupa

Mengapa kembali mengapa begini
Perit hatiku tiada siapa yang nak peduli
Sanggup kau tinggalkan daku kesepian
Berlinang air mata

Mampukah kau berjanji
Ia takkan berulang lagi
Segala yang telah dirimu lakukan
Segala yang telah dikau hancurkan

Jangan ungkitkan semua kau merumitkan ia
Takku idam cinta kita musnah untuk kecapi bahagia
Mujur dirimu kesali hati yang tidak berpenghuni
Tunjukkan daku nilai kasihmu
Enakkan tidur malamku
Seperti dulu

Jiwaku sunyi cuma kau yang ku mimpi
Ku resah semua itu walau fikir tak perlu
Kau ketahuilah cintaku hanya untukmu
Akan ku pertahankan ia biar rebut melanda
Takkan biarkan cintaku musnah

Jangan ungkitkan semua kau merumitkan ia
Takku idam cinta kita musnah untuk kecapi bahagia
Mujur dirimu kesali hati yang tidak berpenghuni
Tunjukkan daku nilai kasihmu
Enakkan tidur malamku
Seperti dulu (ha hm)

Trivia about the song Enakkan Tidur Malamku by Anita Sarawak

When was the song “Enakkan Tidur Malamku” released by Anita Sarawak?
The song Enakkan Tidur Malamku was released in 2004, on the album “Seksis”.
Who composed the song “Enakkan Tidur Malamku” by Anita Sarawak?
The song “Enakkan Tidur Malamku” by Anita Sarawak was composed by RAIZAN ZAINAL ABIDIN.

Most popular songs of Anita Sarawak

Other artists of Middle of the Road (MOR)