Madah Di Pusara
Rindu berteduh balik khayalan
Bagaikan arus gelombang
Tak henti-henti serang
Rindu menciptakan keributan
Mencabari kewarasan
Menenggelamkan segala azam
Untuk ku lawan
Berkali-kali tangisan ku curahkan
Redah hanya untuk menyambung rayuan
Terlindung sejenakku dari kenyataan
Terlupa bahawa kau dah diabadikan
Maaflah kasihku
Kerna merintih di pusara mu
Biar pun daku relakan takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Ku dah sedari kau tak mungkin ku temukan lagi
Oh selamanya
Biar pun daku relakan takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Walau berkali tangisan ku curahkan
Redah hanya untuk menyambung rayuan
Terlindung sejenakku dari kenyataan
Terlupa bahawa kau dah diabadikan
Biar pun daku relakan takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Bila sedari kau tak mungkin ku temukan lagi
Oh selamanya
Oh ke akhir nafas