Kesan
Berhari-hari kurenung
Gambarmu yang di dalam genggaman
Agar terubat lukaku
Yang berdarah kerana cintamu dulu
Kau pergi tanpa pesanan
Meninggalkan aku sendirian
Cahaya terang benderang
Hilang gelap gelita menjelma
Bagai awan dan kelabu
Menutupi alam
Bagai bunga kering dan layu
Gugur jua akhirnya
Begitulah harapanku
Berkecailah impianku
Untuk aku memiliki oh dirimu
Kini baru ku sedari
Cinta suci tiada balasan
Biarlah ia berlalu
Bersama dedaun berterbangan
Bagai awan dan kelabu
Menutupi alam
Bagai bunga kering dan layu
Gugur jua akhirnya
Begitulah harapanku
Berkecailah impianku
Untuk aku memiliki oh dirimu
Kini baru ku sedari
Cintaku tiada balasannya
Biarlah ia berlalu
Bersama dedaun berterbangan