Nasib Si Kembang Pagi

Kau kembang dinihari
Baldu ungu kelopakmu berseri
Potonganmu sederhana
Namun tetap indah pandang di mata

Lemah
Gemalai tarianmu meliuk
Lentuk
Mengikut rentak bayu oh oh

Anggerik mawar bakawali
Bunga matahari dahlia dan lili
Hidup subur di manja
Menjadi kemegahan yang berada

Duhai
Bunga si kembang pagi
Janganlah
Pula
Engkau rasa pilu di hati

Memang rah hidup
Hanya manusia
Yang membezakannya benda atau nyawa
Diberi nama jua harga
Lalu diberinya tempat jua darjat

Nasibmu si kembang pagi
Mekar hanya sementara sahaja
Jangan takut rasa bangga walau kau hanya
Walau kau hanya di pagar istana

Memang rah hidup
Hanya manusia
Yang membezakannya benda atau nyawa
Diberi nama jua harga
Lalu diberinya tempat jua darjat

Trivia about the song Nasib Si Kembang Pagi by Francissca Peter

When was the song “Nasib Si Kembang Pagi” released by Francissca Peter?
The song Nasib Si Kembang Pagi was released in 1985, on the album “Aku Hanya Pendatang”.

Most popular songs of Francissca Peter

Other artists of Asiatic music