Penawar Racun Dunia

Desiran bayu yang lembut damai di hati
Kicauan burung di sana riang sekali
Suara ombak menggamit detik naluri
Gemilang kudrat Ilahi


Di sini-sana ternyata gema suara
Tangisan sayu manusia mangsa manusia
Terbuang budi terdorong desakan hati
Saudara korban duniawi


Manusia tiada aman dari kemelut ini
Di dada terus bersarang sikap pentingkan diri
Kuasa, harta dan nama hebat merasuk hati
Kerugian sendiri


Dunia umpama unta tua yang kehausan
Semakin tiada tempat untuk kasih dan sayang
Kerana sudah terlupa pada pesanan Tuhan
Terpesong tujuan


Nafsu jadi raja merosak dunia
Tak kan datang sinar bahagia
Moga jadi bukti bersama kembali
Cahaya pada Ilahi


Sedetik lalu saat pun silih berganti
Tak kan berulang sejarah masa yang pergi
Usah dibuang di sini hanya sekali
Mulakan diri sendiri


Iman di dada amalan dengan bertaqwa
Bantuan Tuhan menjadi syarat berjaya
Seiring jalan hargai nilai saudara
Penawar racun dunia

Trivia about the song Penawar Racun Dunia by Hijjaz

When was the song “Penawar Racun Dunia” released by Hijjaz?
The song Penawar Racun Dunia was released in 2015, on the album “The Best Of Hijjaz”.

Most popular songs of Hijjaz

Other artists of Asiatic music