Sejarah Pengorbanan

Haji mengingatkan kita sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas agung lagi suci
Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya

Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di Tanah Haram suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang hanya tawakal kepada Ilahi

Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali
Siti Hajar mencari air ke hujung ke pangkal berlari-lari
Dari Safa ke Marwah beberapa kali

Aduh hatinya cemas anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah yakin sekali
Di dalam mencari-cari terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan kaki anaknya bakal nabi

Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut zam-zam zam-zam
Itulah dia air zam-zam yang kekal hingga ke hari ini
Mukjizat seorang nabi berkat isterinya

Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamanya wajib berkorban
Taat sabar dan tawakal jadikan pakaian
Cintakan Allah pengorbananlah sebagai bukti

Most popular songs of Hijjaz

Other artists of Asiatic music