Perlu
Jangan tinggalkan aku
Diriku masih perlu
Jangan tinggalkan aku
Diriku masih perlu oh
Aku masih perlu
Dirimu
Aku masih perlu
Dirimu
Sebentar bagiku ruang buangkan gementar
Dah lama pendam badan mula gentar
Tidak mampu simpan dalam tidak sedar uh
Tidak menduga impian menjadi nyata
Rasanya senang namun hanya yang di mata
Senyuman jadi perisai provokasi bertandang
Berat bahu memikul berat lagi memandang
Yah
Ku cuma ikut naluri
Walau kadang kala langkah ini di kaburi
Segala dugaan yang menerjah ku syukuri
Sering kali sunyi walaupun di kerumuni
Yah
Ku cuma ikut naluri
Walau kadang kala langkah ini di kaburi
Walau beza kita bagai kanan dan kiri
Masih kumengharapkan kau di sisi jadi
Jangan tinggalkan aku
Diriku masih perlu
Jangan tinggalkan aku
Diriku masih perlu oh
Aku masih perlu
Dirimu
Aku masih perlu
Dirimu
Kerap kali diriku digari
Mentaliti jadi kelabu bila dikaburi
Emosi tak bertali jemari pun tak menari
Imaginasi pagi mendungnya tanpa mentari
Kerap kali diriku berlari
Jauh dari mimpi igauan berhari-hari
Sembunyi sudut sunyi ditemani runut bunyi
Meditasi semua sisi bersama refleksi diri
Kerap kali diriku bergolak
Mahu bangkit tunduk atau jatuh mendongak
Mahu semai bukti atau jaguh berborak
Mahu tidak mahu hidup hari bercorak uh
Kerap kali diriku menolak
Jati diri aku dihanyutkan ombak
Jadi hanya aku yang mampu merombak
Luncur laut porak peranda bersorak
Cuba beranikan diri untuk pergi jauh
Walau ku tak pasti
Biar mengeluh tapi tak pernah jatuh
Semua dalam hati
Simpan sampainya riuh
Bara api kian ku cucuh
Terus bina berkali runtuh
Walau mimpi ku ini masih jauh
Jangan tinggalkan aku
Diriku masih perlu
Jangan tinggalkan aku
Diriku masih perlu oh
Aku masih perlu
Dirimu
Aku masih perlu
Dirimu