Joget Dendang Patah Hati

Sarang tumpangan burung merpati
Selasih ada di tepi sawah
Sekarang kekanda baru mengerti
Kasih adinda sudah berubah
Ke Pulau Tiga pergi bermain
Pohon kelapa subur meninggi

Kalau adinda cari yang lain
Mohon kekanda mengundur diri

Biarkan sahaja
Hatiku ini peregi jauh
Masa beredar
Hari bertukar ganti
Luka ditangan
Sudah lah tentu nampak darahnya
Luka dihati tidak ketahui
Bisa atau parahnya

Disana ada orang berniaga
Segala barang bawa bersama
Kerana kekanda tidak berharta
Adinda tidak memandang mulia

Jika berbau bunga dirimba
Tetap lah ada manis madunya
Jika begitu adat bercinta
Tidak berharga rendah nilainya

Biarkan sahaja
Hatiku ini peregi jauh
Masa beredar
Hari bertukar ganti
Luka ditangan
Sudah lah tentu nampak darahnya
Luka dihati tidak ketahui
Bisa atau parahnya

Disana ada orang berniaga
Segala barang bawa bersama
Kerana kekanda tidak berharta
Adinda tidak memandang mulia
Jika berbau bunga dirimba
Tetap lah ada manis madunya
Jika begitu adat bercinta
Tidak berharga rendah nilainya

Trivia about the song Joget Dendang Patah Hati by M. Shariff

On which albums was the song “Joget Dendang Patah Hati” released by M. Shariff?
M. Shariff released the song on the albums “The Legend, Vol. 4” in 1995 and “Siti Payung” in 2003.

Most popular songs of M. Shariff

Other artists of Asiatic music