Demi Dia

MOHD HAKIM BIN LOKMAN, FAUZI BIN MARZUKI

Dalam mencari diriku
Aku tersentuh jiwamu
Salah aku bersatu denganmu

Jalan yang lurus kelmarin
Tempatnya kita bermain
Dipersimpangan pecahlah haluan

Bukan kerana arus melanda muara
Bukanlah juga musim berbunga
Menggamit kumbang di udara
Sebenarnya hati yang mencari
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui
Demi Tuhan yang kita percaya bersama oh

Dalam mencari dirimu
Kau pun menyentuh mindaku
Salahkah waktu tadi bertemu

Bukan kerana arus melanda muara
Bukanlah juga musim berbunga
Menggamit kumbang di udara
Sebenarnya hati yang mencari
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui
Demi Tuhan yang kita percaya bersama

Sebenarnya hati yang mencari
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui
Demi Tuhan yang kita percaya bersama oh

Demi Dia
Yang Esa
Demi Dia
Yang kita percaya

Trivia about the song Demi Dia by Mawi

When was the song “Demi Dia” released by Mawi?
The song Demi Dia was released in 2007, on the album “Satu Dalam Seribu”.
Who composed the song “Demi Dia” by Mawi?
The song “Demi Dia” by Mawi was composed by MOHD HAKIM BIN LOKMAN, FAUZI BIN MARZUKI.

Most popular songs of Mawi

Other artists of Religious