Takdir Dan Waktu

JUWIE, RAHIM OTHMAN

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratannya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu sayang

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Luka cintaku

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu

Trivia about the song Takdir Dan Waktu by Mega

When was the song “Takdir Dan Waktu” released by Mega?
The song Takdir Dan Waktu was released in 2005, on the album “Memori Hit”.
Who composed the song “Takdir Dan Waktu” by Mega?
The song “Takdir Dan Waktu” by Mega was composed by JUWIE, RAHIM OTHMAN.

Most popular songs of Mega

Other artists of Pop rock