Gurindam Gunung Tahan

Rosli Khamis

Katakanlah padaku
Warna pintumu itu
Biar aku tak keliru
Biar ku mudah tak keliru

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan

Katakanlah untukku
Warna hatimu itu
Biarku tahu
Apa yang harus
Apa yang harus ku perlaku

Demi rahsia yang kian tak terbendong
Demi cinta yang kian tak terkandang

Kau telah merubah
segalanya dalam hidupku
Kini aku bukan lagi paus biru yang kesepian
Biar aku serahkan belati tua
Ini di tanganmu
Menentukan nasib badan
Di tulang belulang
Si Gunung Tahan

Kau telah merubah
segalanya dalam hidupku
Kini aku bukan lagi paus biru yang kesepian
Biar aku serahkan belati tua
Ini di tanganmu
Menentukan nasib badan
Di tulang belulang
Si Gunung Tahan

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan
Katakanlah pada diriku
Biarku mudah tak keliru
Katakanlah pada hatimu
Demi rahsia demi cinta
Katakan katakanlah
Ohhh

Trivia about the song Gurindam Gunung Tahan by M.Nasir

When was the song “Gurindam Gunung Tahan” released by M.Nasir?
The song Gurindam Gunung Tahan was released in 2006, on the album “Saudagar Mimpi”.
Who composed the song “Gurindam Gunung Tahan” by M.Nasir?
The song “Gurindam Gunung Tahan” by M.Nasir was composed by Rosli Khamis.

Most popular songs of M.Nasir

Other artists of Pop rock