Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered]

Anak dara jangan dipeluk
Jika dipeluk patah pinggangnya
Pikat gadis memang seronok
Hilang seronok timbul bencana
Mati semut kerana gula
Kerana semut gula terbuang
Mula pandang jangan tergila
Mungkin si gadis di punya orang

Bukan ajar itik berenang
Hanya sekadar beri panduan
Pikat gadis bukanlah senang
Jika dirimu tidak bersopan

Kirim jangan pesan pun jangan
Samalah-sama menanggung rindu
Cakap orang jangan hiraukan
Usul periksa terlebih dulu

Ukur baju badan sendiri
Tepuklah dada tanya selera
Kata janji jangan mungkiri
Jangan menyakit hati si dara

Bukan ajar itik berenang
Hanya sekadar beri panduan
Pikat gadis bukanlah senang
Jika dirimu tidak bersopan

Harap-harap kepada tuan
Tidaklah tuan siapa lagi
Jika gadis sudah berkenan
Hatinya tidak berbelah bagi

Buang emak buang saudara
Kerana kasih aku turutkan
Bila kasih sudah bermesra
Usah kau tunggu lekas pinangkan

Bukan ajar itik berenang
Hanya sekadar beri panduan
Pikat gadis bukanlah senang
Jika dirimu tidak bersopan

Trivia about the song Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered] by Noorkumalasari

When was the song “Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered]” released by Noorkumalasari?
The song Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered] was released in 2014, on the album “Siri Bintang Pujaan”.

Most popular songs of Noorkumalasari

Other artists of Asiatic music