Sehingga Terbuka Kata
Ku menyusulimu
Mendaki bukit menuruni lembah
Ku diulit rindu
Bersama debaran dan cemas rasa
Ku merenungimu
Mencari kepastian dari mata
Masih tak bertemu
Jawapan pada sebuah rahsia
Dengar degup jantungku
Dengar degup jantungmu
Bukankah seirama lagu
Tiap kita berdekatan
Aku kegelisahan
Dan engkau keresahan
Namun kita masih begini
Tiada siapa mahu memulai
Ku akan menunggu
Sehingga terbuka kata darimu
Dengar degup jantungku
Dengar degup jantungmu
Bukankah seirama lagu
Tiap kita berdekatan
Aku kegelisahan
Dan engkau keresahan
Namun kita masih begini
Tiada siapa mahu memulai
Ku akan menunggu
Sehingga terbuka kata darimu
Ku akan menunggu
Sehingga terbuka kata darimu