Terpenjara
Di dalam keterpaksaanku ini
Berderai satu demi satu mimpi
Dan engkau terus tidak mengerti
Menagih janji yang telah mati
Kau lupa kita hanya manusia
Dan hati ada kalanya berubah
Bagimu kasih satu ikatan
Tapi bagiku kepercayaan
Denganmu aku terpenjara
Dan terbatas langkah pada setiap ketika
Seakan terbina sempadan
Menjejas hubungan serta kemesraan
Maafkan kalau ku terpaksa pergi
Bukanlah kerana bosan atau benci
Sekadar tak rela ditakluki
Oleh sikap ego lelaki
Denganmu aku terpenjara
Dan terbatas langkah pada setiap ketika
Seakan terbina sempadan
Menjejas hubungan serta kemesraan
Maafkan kalau ku terpaksa pergi
Bukanlah kerana bosan atau benci
Sekadar tak rela ditakluki
Oleh sikap ego lelaki
Biar ku pergi
Biar ku pergi
Biar ku pergi
Biar ku pergi