Akhirnya Nanti Sendiri
Seluruh hidup ini perjalanan yang menguji
Kekuatan di hati
Harapanku menjulang pada insan tersayang
Tiba arus gelombang tercabar kesetiaan
Kubernama impian tetap bernama impian
Indah hanya khayalan
Cabaran dan ujian bila bertindih datang
Kau kegelabahan tak tetangkis cubaan
Kusangkakan insan tersayang tegap berpendirian
Silapnya diriku tak mengkaji dulu
Bagai dedaun lalang hidupmu tak terancang
Sedangkan aku tahu haluanku
Suka dan bersinggahan sahaja
Kita jumpa dan berpisah
Aku insafi akhirnya nanti
Kita pasti tersendiri

Bersendiri
Bersendiri
Bersendiri