Selamat Tinggal Bungaku/Kenang Daku Dalam Doamu

JOHAR BAHAR

Selamat tinggal bungaku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruanku
Jasamu untuk diriku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu di mana nak tujukan
Setitik air mata
Dititis dan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira
Kukirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesananku
Jaga baik dirimu sendiri

Sungguh jauh dikau pergi
Berpisah untuk selamanya
Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Inginku turut bersama
Apa daya ku tak terlarat
Sudahlah memang
Nasibku dek demikian rupa

Kuberdoa agar dikau
Hidup bahgia
Jangan bimbang padaku
Nan berduka

Tapi dek kau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itu yang kupinta
Dari dulu waktu bertemu

Trivia about the song Selamat Tinggal Bungaku/Kenang Daku Dalam Doamu by SM Salim

Who composed the song “Selamat Tinggal Bungaku/Kenang Daku Dalam Doamu” by SM Salim?
The song “Selamat Tinggal Bungaku/Kenang Daku Dalam Doamu” by SM Salim was composed by JOHAR BAHAR.

Most popular songs of SM Salim

Other artists of