Sudah Terlewat
Sudah terlewat untuk engkau menyesali sayang
Hatiku ini telah pun hancur berkecai-kecai tak terkata
Kecuranganmu terlalu menyakitkan jiwaku
Hingga terpaksa aku membawa diri
Walaupun sukar nak kulupakan
Teruskan saja cintamu dengan dia
Kerana itu kemahuanmu
Tak guna lagi engkau pujuk diriku
Dahulu pernah kumemaafkanmu
Tapi mengapa kini masih mengulanginya
Biar aku lalui sisa hidup ini
Bersama duri cinta yang kau tinggalkan
Biar pun airmata mengalir di pipi
Tetapi belum tentu boleh merawat luka yang berdarah

Ho