Cinta Sementara
Aku musafir dunia
Berkelana bukan lama
Segala indahnya dunia telah ku amati
Pernah di persimpangan
Kabus menutupi jalan
Hingga mata tertawan pada jalan lain nan indah
Ibarat fatamorgana yang menipu mata
Tapi ku mengerti yang palsu atau benar
Hanya kerana bodohnya aku ingin nikmatinya
Bagaimana hati tak tergoda
Dek cela terhias seri warna
Kelabu mata terpukau jiwa
Lupa musafirku cuma sementara
Ho wo oh ho (hu uh uh)
Sukar aku nafi dan menipu diri sendiri
Dalihku seribu pada cinta hakiki
Hanya kerana bodohnya aku sangka kau kasihi
Biar timur-barat ku kembara
Gunung lautan ku tempuh jua
Tiada sempurna angan dan cita
Dalam mengejar cinta sementara
Tuhan saksikanlah usahaku mencari-Mu
Kerana kasih-Mu abadi awal dan akhir
Mekarlah selalu agar dapat aku singkir
Cinta selain-Mu sepenuhnya dari hati oh wo
Oh hu uh
Bagaimana hati tak terkata
Bagaimana hati tak tergoda
Dek cela terhias seri warna
Kelabu mata terpukau jiwa
Lupa musafirku cuma sementara
Biar timur-barat ku kembara
Gunung lautan ku tempuh jua
Tiada sempurna angan dan cita
Dalam mengejar cinta sementara ho wo oh
Tiada sempurna
Angan dan cita
Dalam mengejar cinta sementara