Juwitaku Sayang
Wahai juwitaku indah rupawan
Juwitaku sayang
Termimpi mimpi wajah menawan
Ibaratnya sinar nan gemerlapan
Menuju kalbu kekalbu idaman
Menuju kalbu kekalbu idaman
Oh kekasihku teruna satria
Juwitaku sayang
Terpaut aku kerana jasa
Kerana budi lahir asmara
Sebagai embun menimpa bunga
Sebagai embun menimpa bunga
Kalau juwita telah sedia
Asmara berpadu satu
Tiada masa memisahkannya
Tiada manusia tahu
Oh asmara ku wahai juwita ku
Juwita ku sayang
Semoga kita kekal abadi
Hidup jaya untuk keluhuranmu
Ku puja puja dengannya semadi
Ku puja puja dengannya semadi
Kalau juwita telah sedia
Asmara berpadu satu
Tiada masa memisahkannya
Tiada manusia tahu
Oh asmara ku wahai juwita ku
Juwita ku sayang
Semoga kita kekal abadi
Hidup jaya untuk keluhuranmu
Ku puja puja dengannya semadi
Ku puja puja dengannya semadi