Dari Tuhan
Tuhan
Berombak lautan
Tajam duri di hutan
Begitu kuasamu
Kepada alam
Insan
Renangi lautan
Tempuhi onak tajam
Ada balasan
Untukmu insan
Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atas kepanasan
Insan
Berseri cahyamu
Bersinarlah budimu
Kerana ketakwaanmu
Kepada Tuhan
Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan