Aku Wanita

Janganlah engkau hanya bersuara
Sebelum engkau melihat yang benar nyata
Luaskanlah pandangan matamu
Supaya engkau terlihat kebenarannya

Langkahku ini jangan kau sangsikan
Hanya kerana diriku wanita
Aku pun jua sama mengharungi
Segala onak rintangan berliku

Di mana pun jua utara selatan
Menuruni lurah tinggi pergunungan
Tetap ku hayunkan sepasang kakiku
Walaupun hatimu sukar meyakini
Keraguan pada wanita
Meniupkan semangatku sekental waja

Di mana pun jua utara selatan
Menuruni lurah tinggi pergunungan
Tetap ku hayunkan sepasang kakiku
Walaupun hatimu sukar meyakini
Keraguan pada wanita
Meniupkan semangatku sekental waja

Aku wanita bukan ertinya
Mudah engkau perdayakan
Bukan begitu

Janganlah engkau hanya bersuara
Luaskanlah pandangan matamu
Langkahku ini jangan kau sangsikan
Janganlah engkau hanya bersuara
Luaskanlah pandangan matamu

Trivia about the song Aku Wanita by Shima

When was the song “Aku Wanita” released by Shima?
The song Aku Wanita was released in 1990, on the album “Shima”.

Most popular songs of Shima

Other artists of Pop rock